• English
  • Bahasa Melayu

TENTANG AR-RAHNU X’CHANGE

profile-01

Ar-Rahnu X’Change merupakan francais perkhidmatan pajak gadai Islam (Ar-Rahnu) Bank Rakyat. Sejak dilancarkan pada 7 Disember 2006, Ar-Rahnu X’Change kini beroperasi menerusi 110 buah rangkaian di seluruh negara. Ar-Rahnu X’Change menawarkan pinjaman tunai segera yang bercagarkan barangan kemas. sehingga RM150,000.00 menerusi skim Ar-Rahnu dan Az-Zahab.

Selain pinjaman, ARX Change turut menawarkan ARX Simpan iaitu perkhidmatan simpanan barangan kemas dengan jaminan tahap keselamatan maksima selain perkhidmatan mencuci barangan kemas.

Operasi perniagaan Ar-Rahnu X’Change ini adalah berasaskan kepada kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993. Menerusi sistem francais, Bank Rakyat membenarkan sesebuah koperasi untuk memegang hak sebagai francaisi bagi menjalankan perniagaan Ar-Rahnu. Rakyat Management Services Sdn. Bhd (RManagement), subsidiari milik penuh Bank Rakyat bertanggungjawab sebagai francaisor dalam menguruskan operasi perniagaan francais ini.