• English
  • Bahasa Melayu

SYARAT-SYARAT

KOPERASI

  • Koperasi yang mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh.
  • Mempunyai kelayakan untuk mendapatkan pakej pembiayaan dari Bank Rakyat.
  • Koperasi yang telah beroperasi melebihi 3 tahun dengan rekod kewangan dan pengurusan yang baik.
  • Koperasi yang mempunyai rekod pengurusan yang baik.
  • Mempunyai peruntukan di dalam Undang-Undang Kecil yang membenarkan aktiviti perniagaan Ar-Rahnu

‘FEE’ & DEPOSIT

  • ‘Fee’ francais : RM 35,000.00
  • ‘Fee’ perisian & latihan: RM 20,000.00
  • Deposit Jaminan: RM50,000.00
  • Jumlah – 105,000.00

`SET-UP COST’

  • Yuran dan Deposit: RM108,300
  • Kos Permulaan*: RM340,000
  • Modal Pusingan*: RM3,125,000
  • Jumlah: RM3,573,300

– Anggaran kos permulaan perniagaan bergantung kepada jumlah kos semasa.

– Jumlah sebenar modal pusingan bergantung kepada kos operasi dan prestasi pengeluaran semasa.

Tertakluk kepada Cukai Barangan & Perkhidmatan (GST)

Sila muat-turun brosur di bawah untuk maklumat lanjut

PREMIS & KELENGKAPAN

  • Bantuan pemilihan lokasi
  • “Location Study”
  • Pengubahsuaian dan kelengkapan

LATIHAN & BANTUAN

  • Latihan teori & praktikal pengurusan dan operasi
  • Operasi, sistem komputer, penilaian emas, pemasaran dll

PEMBUKAAN & PELANCARAN BISNES

  • Bantuan dan nasihat mengenai pelancaran
  • Persediaan operasi, majlis perasmian dan lain-lain.

IKLAN & PROMOSI

  • Pengiklanan dan promosi jenama & produk di peringkat nasional.

Rakyat Management Services Sdn. Bhd (RMS) merupakan subsidiari Bank Rakyat yang mula beroperasi sejak tahun 2006.

RMS merupakan francaisor dalam menguruskan operasi perniagaan pajak gadai islam Ar-Rahnu menerusi sistem francais. Operasi perniagaan yang menggunakan jenama Ar-Rahnu X’Change ini adalah berasaskan kepada kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993.

Disamping berperanan sebagai francaisor kepada 63 unit rangkaian Ar-Rahnu X’Change yang dimiliki oleh 39 buah koperasi (francaisi), RMS turut menguruskan 43 unit lagi Ar-Rahnu X’Change milik penuh Bank Rakyat
RMS turut mengkaji beberapa program rangkaian kerjasama perniagaan berkaitan bersama koperasi dan usahawan tempatan sebagai mendokong tanggungjawab korporat Bank Rakyat dalam membangunkan perniagaan institusi berkenaan.

Selain bertindak sebagai francaisor Ar-Rahnu X’Change, RMS turut agresif dalam mengembangkan cabang perniagaan yang selari dengan perniagaan terasnya seperti aktiviti perniagaan emas, perundingan, latihan serta pembekalan sistem teknologi maklumat operasi Ar-Rahnu.
Terbaharu, RMS telah melancarkan RMS Gold Wafer menerusi sayap perniagaan runcit barangan kemasnya, RMS Gold yang beroperasi di Lobi Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur sejak 1 Julai 2015 yang lalu.

  1. Francais
    • RMS bertindak sebagai francaisor kepada jenama perniagaan francais Bank Rakyat iaitu Ar-Rahnu X’Change. Operasi perniagaan francais ini berkonsepkan pemindahan kepakaran & pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak 1993. Program francais ini juga merupakan projek sokongan dalam melaksanakan peranan mandat Bank Rakyat untuk untuk membangunkan perniagaan koperasi di negara ini.
  2. Audit & Pematuhan
    • Perkhidmatan kepakaran semakan fizikal stok barangan emas (cagaran). Berdasarkan pengalaman dan kepakaran, RMS turut menawarkan khidmat audit dan pematuhan operasi Ar-Rahnu.
  3. Perniagaan Emas
    • RMS turut menjalankan aktiviti urusniaga emas terpakai. Modus operandi perniagaan ialah membeli emas lelongan dari operasi Ar-Rahnu X’Çhange dan Ar-Rahnu Bank Rakyat berlandaskan prosedur lelongan.
  4. Latihan & Konsultasi
    • RMS selaku pelopor dan peneraju didalam industri Ar-Rahnu menyediakan khidmat latihan dan perundingan kepada semua pengusaha pajak gadai Islam. Modul latihan dan perundingan merangkumi keseluruhan operasi Ar-Rahnu.
  5. RMS Gold
    • RMS turut menasasarkan untuk menjadi pemain utama didalam industri emas di Malaysia. RMS Gold, aktiviti terbaharu RMS yang memfokuskan perniagaan runcit barangan kemas telah dilancarkan pada 2015. Selain barangan kemas, RMS Gold turut menawarkan produk instrumen pelaburan emas iaitu RMS Gold Wafer. Kedai Emas pertama RMS Gold beroperasi di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur.