• English
  • Bahasa Melayu

SOALAN LAZIM

Perkhidmatan pinjaman tunai segera untuk keperluan peribadi dengan menggunakan emas sebagai cagaran tertakluk kepada beberapa syarat tertentu.

  • Modus operandi perniagaan Ar-Rahnu ialah menjadikan sesuatu barang kemas atau barangan emas sebagai cagaran kepada pinjaman yang diberikan kepada seseorang pelanggan.
  • Sekiranya pelanggan tidak dapat menjelaskan hutangnya di dalam tempoh yang ditetapkan, barangan tersebut akan dilelong dimana hasil lelongan itu akan digunakan untuk menjelaskan pinjaman dan bakinya pula akan dikembalikan kepada pelanggan.
  • Di Ar-Rahnu X’Change terdapat tiga skim gadaian yang ditawarkan iaitu Ar-Rahnu, Az-Zahab dan Ar-Rahnu Simpan..
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Warganegara Malaysia / bukan warganegara Walaysia / pemastautin tetap.
  • Tidak muflis
  • Memiliki barang gadaian yang diterima

Jumlah pinjaman yang ditawarkan bagi skim Ar-Rahnu ialah sebanyak 65% dari nilai marhun (nilai emas – cagaran) dan 70% bagi pelanggan tetap atau berulang.

  • Az-Zahab dan Ar-Rahnu hanya dibezakan dari segi had margin dan tempoh pinjaman selain kadar upah simpan.
  • Jumlah maksimum pinjaman Skim Ar-Rahnu  adalah sebanyak RM50,000.00.manakala Skim Az-Zahab menawarkan pinjaman maksimum sehingga RM100,000.00.
  • Ar-Rahnu X ‘Change ini merupakan produk francais Bank Rakyat.
  • Ar-Rahnu Bank Rakyat telah dilancarkan sejak tahun tahun 1993. Produk mula difrancaiskan sejak 6 Disember 2006 di bawah program Bank Rakyat dalam membantu membangunkan perniagaan koperasi.
  • Menerusi sistem perniagaan francais, Bank Rakyat akan memindahkan pengalaman dan dan kepakaran perniagaan mikro kredit Ar-Rahnu ini kepada koperasi yang berperanan sebagai francaisi.
  • Rakyat Management Services Sdn. Bhd bertindak selaku francaisor Ar-Rahnu X’Change.
  • Semua jenis barangan kemas yang mempunyai mutu emas 18k dan keatas.
  • Ar-Rahnu X’Change turut menerima cagaran emas berbentuk jongkong, wafer dan syiling yang dikeluarkan oleh bank-bank tempatan, kerajaan negeri atau badan yang diluluskan.
  • Bagi gadaian jongkong, wafer, syiling atau ketulan emas, disyaratkan agar pelanggan mengemukakan :
    • Resit pengesahan pembelian / invois jualan dan atau;
    • Sijil ketulenan emas dari syarikat pengeluar

Sila klik disini untuk maklumat lebih lanjut

  • Operasi Ar-Rahnu X’Change dijalankan secara syariah sepenuhnya. Asas kepada pelaksanaan dan ciri-ciri produk Ar-Rahnu X’Change ini berlandaskan kepada tiga konsep syariah berikut :
    • Qard (pinjaman tanpa faedah)
    • Wadi’ah Yad Dhamanah (simpanan dengan jaminan ke atas barang gadaian)
    • Ujrah (upah simpan)
  • Jaminan keselamatan, perlindungan takaful, upah simpan yang rendah dan ansuran yang fleksibel.
  • Bebas daripada cengkaman riba.
  • Kadar upah simpan yang sekali ganda lebih rendah berbanding faedah yang dikenakan oleh sistem konvensional.
  • Elemen keadilan yang dipraktikkan didalam proses lelongan. Hasil lelongan keatas gadaian yang tidak ditebus akan digunakan untuk melunaskan baki hutang manakala lebihannya akan dikembalikan semula kepada pelanggan berkenaan.

Kelayakan, tempoh dan jenis barangan kemas yang diterima adalah seperti mana produk Ar-Rahnu X’Change.

Upah simpan yang dikenakan adalah RM0.65 bagi setiap RM100.00 (nilai marhun).