• English
  • Bahasa Melayu
Berita

PENUTUPAN OPERASI AR-RAHNU X’CHANGE JALAN NANAS, KLANG MILIK KOPERASI PEGAWAI-PEGAWAI MELAYU MALAYSIA BERHAD (MOCCIS)

Untuk makluman bagi semua pelanggan Ar-Rahnu X’Change (ARX) Jalan Nanas, ARX ini telah menangguhkan operasinya bermula 14 Januari 2020 dan akan berpindah ke lokasi terbaru di Puncak Alam. ARX Jalan Nanas akan dikenali sebagai ARX Puncak Alam bakal memulakan operasi pada pertengahan bulan Mac 2020.

Bagi semua transaksi berkaitan seperti gadaian, penebusan, pembayaran ansuran dan lanjut tempoh adalah dibekukan sementara dalam jangka masa yang dinyatakan.

Dalam tempoh tersebut, semua barang gadaian milik pelanggan adalah dibawah simpanan dengan kawalan keselamatan yang maksima, kini disimpan di ARX Mantin sebelum dipindahkan ke cawangan baru di ARX Puncak Alam. Semua transaksi yang terlibat dengan gadaian yang matang atau tamat tempoh serta tindakan lelongan akan dilanjutkan sehingga ARX Puncak Alam sedia untuk beroperasi.

Dalam tempoh pembekuan operasi ARX Jalan Nanas ini, sebarang pertanyaan dan maklumat berkaitan, pelanggan boleh menghubungi Puan Hidayah (Pengurus ARX Jalan Nanas) di talian 011-1105 8121 atau pejabat urusan Koperasi Pegawai-Pegawai Melayu Malaysia Berhad (MOCCIS) di talian 03-4260 4227. Pelanggan juga boleh menghubungi pejabat urusan Rakyat Management Services Sdn. Bhd. (RMS) selaku francaisor bagi perniagaan Ar-Rahnu X’Change di talian 03-2265 7566 / 67 / 68 atau e-mel : info@arrahnuxchange.com.my. Maklumat berkaitan boleh didapati menerusi laman web rasmi di www.arrahnuxchange.com.my serta rangkaian media sosial (Facebook & Instagram).

About the author

Relative Posts