• English
  • Bahasa Melayu
Berita

PENUTUPAN OPERASI AR-RAHNU X’CHANGE BERKAITAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (MCO)

Semua rangkaian Ar Rahnu X’Change di seluruh negara telah dihentikan operasi sejak  21 Mac 2020 lalu. Penutupan operasi ARX ini bersifat sementara sehingga 14 April 2020. Ianya selari dengan Perintah Kawalan Pergerakan (MCO) oleh Kerajaan Malaysia. Kami di Ar-Rahnu X’Change turut komited dalam usaha usaha membendung penularan COVID-19.

Semua transaksi berkaitan seperti gadaian, penebusan,pembayaran ansuran dan lanjutan tempoh hanya boleh dibuat selepas tamat tempoh penutupan sementara operasi ARX ini.

Bagi pelanggan yang akaun gadaiannya matang di dalam tempoh penutupan ARX boleh menebus atau membuat lanjut tempoh selepas ARX beroperasi seperti biasa (selepas 14 April 2020). Begitu juga dengan lelongan. Semua urusan lelongan akan ditangguhkan selepas ARX beroperasi seperti biasa.

 

About the author

Relative Posts