• English
  • Bahasa Melayu

MAKLUMAT AM

Definisi Ar-Rahnu

  • Ar-Rahnu merupakan perkhidmatan pinjaman tunai bercagarkan emas berlandakan sistem syariah.
  • Produk Ar-Rahnu mula ditawarkan oleh Bank Rakyat pada tahun 1993.
  • Sebuah perkhidmatan mikro kredit menggunakan emas/barang kemas sebagai cagaran.
  • Upah simpan minima dikenakan sebagai yuran simpanan emas/barang kemas untuk tempoh masa tertentu.

Definisi Ar-Rahnu X’Change

  • Francais pajak gadai Islam yang pertama di Malaysia.
  • Perniagaan francais ini dikendalikan melalui perkongsian pengalaman dan
    kepakaran berasaskan operasi perniagaan Ar-Rahnu Bank Rakyat kepada francaisi (koperasi).
  • Merupakan antara inisiatif Bank Rakyat untuk membantu pembangunan perniagaan koperasi.

Francaisor – Rakyat Management Services Sdn. Bhd

  • Anak syarikat milik penuh Bank Rakyat
  • Dibarisi dan dikendalikan oleh warga kerja yang berpengalaman di dalam operasi pajak gadai Isam (Ar-Rahnu) Bank Rakyat
  • Operasi adalah untuk menguruskan francais perniagaan pajak gadai Islam selain daripada terlibat di dalam industry perdagangan logam terutamanya emas
  • Membantu pembangunan koperasi bagi pihak Bank Rakyat
  • Beroperasi di Menara Kembar Bank Rakyat

Kebaikan Perniagaan Francais Ar-Rahnu X’Change

  • Menjalankan perniagaan menggunakan jenama Ar-Rahnu X’Change yang menonjolkan kestabilan operasi Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993.
  • Jenama perniagaan yang berkembang menerusi beberapa program pemasaran jenama yang berterusan.
  • Latihan yang sistematik oleh tenaga pelatih yang berpengalaman dalam operasi Ar-Rahnu Bank Rakyat.
  • Memulakan perniagaan dengan manual garis panduan, prosedur dan proses yang telah terbukti berkesan.
  • Sistem perisian yang sistematik, selamat lancar dan mesra pelanggan yang telah melalui beberapa proses penambahbaikan.
  • Kos pakej francais yang rendah berbanding prospek keuntungan perniagaan yang tinggi.