• English
  • Bahasa Melayu

FRANCAISOR

Rakyat Management Services Sdn. Bhd (RMS) merupakan subsidiari Bank Rakyat yang mula beroperasi sejak tahun 2006.

RMS merupakan francaisor dalam menguruskan operasi perniagaan pajak gadai islam Ar-Rahnu menerusi sistem francais. Operasi perniagaan yang menggunakan jenama Ar-Rahnu X’Change ini adalah berasaskan kepada kepakaran dan pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak tahun 1993.

Disamping berperanan sebagai francaisor kepada 63 unit rangkaian Ar-Rahnu X’Change yang dimiliki oleh 39 buah koperasi (francaisi), RMS turut menguruskan 43 unit lagi Ar-Rahnu X’Change milik penuh Bank Rakyat
RMS turut mengkaji beberapa program rangkaian kerjasama perniagaan berkaitan bersama koperasi dan usahawan tempatan sebagai mendokong tanggungjawab korporat Bank Rakyat dalam membangunkan perniagaan institusi berkenaan.

Selain bertindak sebagai francaisor Ar-Rahnu X’Change, RMS turut agresif dalam mengembangkan cabang perniagaan yang selari dengan perniagaan terasnya seperti aktiviti perniagaan emas, perundingan, latihan serta pembekalan sistem teknologi maklumat operasi Ar-Rahnu.

Terbaharu, RMS telah melancarkan RMS Gold Wafer menerusi sayap perniagaan runcit barangan kemasnya, RMS Gold yang beroperasi di Lobi Menara 1, Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur sejak 1 Julai 2015 yang lalu.

AKTIVITI PERNIAGAAN

FRANCAIS

RMS bertindak sebagai francaisor kepada jenama perniagaan francais Bank Rakyat iaitu Ar-Rahnu X’Change. Operasi perniagaan francais ini berkonsepkan pemindahan kepakaran & pengalaman Ar-Rahnu Bank Rakyat sejak 1993. Program francais ini juga merupakan projek sokongan dalam melaksanakan peranan mandat Bank Rakyat untuk untuk membangunkan perniagaan koperasi di negara ini.

AUDIT DAN PEMATUHAN

Perkhidmatan kepakaran semakan fizikal stok barangan emas (cagaran). Berdasarkan pengalaman dan kepakaran, RMS turut menawarkan khidmat audit dan pematuhan operasi Ar-Rahnu.

PERNIAGAAN EMAS

RMS turut menjalankan aktiviti urusniaga emas terpakai. Modus operandi perniagaan ialah membeli emas daripada Ar-Rahnu X’Çhange dan Bank Rakyat.

RMS GOLD

RMS turut menasasarkan untuk menjadi pemain utama didalam industri emas di Malaysia. RMS Gold, aktiviti terbaharu RMS yang memfokuskan perniagaan runcit barangan kemas telah dilancarkan pada 2015. Selain barangan kemas, RMS Gold turut menawarkan produk instrumen pelaburan emas iaitu RMS Gold Wafer. Kedai Emas pertama RMS Gold beroperasi di Menara Kembar Bank Rakyat, Jalan Rakyat, Kuala Lumpur.

LATIHAN DAN RUNDINGAN

RMS selaku pelopor dan peneraju didalam industri Ar-Rahnu menyediakan khidmat latihan dan perundingan kepada semua pengusaha pajak gadai Islam. Modul latihan dan perundingan merangkumi keseluruhan operasi Ar-Rahnu.