• English
  • Bahasa Melayu
News

Skim bantu pembeli rumah pertama bakal diumum dalam Bajet 2017

KUALA LUMPUR: Satu skim bagi memudahkan pembeli rumah pertama mendapat pembiayaan pinjaman bakal diumumkan dalam pembentangan Bajet 2017. Menteri Kewangan II, Datuk Johari Abdul Ghani berkata ia bagi menangani masalah rakyat Malaysia khususnya golongan muda yang sukar mendapat pinjaman penuh daripada bank ekoran daripada gaji permulaan yang rendah. Syarat bagi skim berkenaan adalah untuk pembelian rumah pertama dengan nilai RM300,000 dan ke bawah. “Kami sedang berbincang dengan Bank Negara dan empat bank utama negara iaitu CIMB, Maybank, Ambank dan RHB Bank bagi mewujudkan pakej untuk menangani isu di mana graduan muda yang gajinya sekitar RM2,500 ke 3,000 yang mungkin sukar mendapat pinjaman penuh. “Biarpun dengan deposit pembelian rumah pertama sebanyak RM30,000 disediakan kerajaan, tetapi sekiranya rumah itu bernilai RM300,000, mereka masih perlu meminjam RM270,000. Bank hanya boleh meminjamkan RM200,000 jadi wujudnya jurang di situ,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sistem RMR Online melalui laman web SPNB bagi program Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M) di sini hari ini. Beliau juga mengambarkan skim berkenaan akan melihat kepada mekanisme merapatkan jurang perbezaan antara pinjaman yang diperlukan pembeli rumah dan jumlah pinjaman yang layak dipinjam, khususnya bagi golongan muda.

About the author

Relative Posts